Sign In







Dont have an account ?
Register As New User
Today Saturday, Oct 2020

Introduction for CCPM webpage


Certification of Local Construction Product & Material (CCPM) website is the platform for online registration and listing of the approved construction products and materials as prescribed in Fourth Schedule of CIDB Act 520 (Amendment) 2011.

Manufacturer

Registration of construction products and materials
Public/Stakeholders

Search for certified construction products and materials
ANNOUNCEMENT


  • PEMAKLUMAN TINDAKAN DI ATAS KETIDAKPATUHAN (IMPORT & TEMPATAN) DI BAWAH AKTA 520:

    Untuk makluman, produk-produk yang berada di dalam Jadual Keempat CIDB diwajibkan mendapatkan Perakuan Pematuhan Standard (PPS). Setiap pengimport atau pengilang tempatan mesti merujuk kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh CIDB untuk mendapatkan PPS. 


    Mana-mana pengimport atau pengilang tempatan yang melanggar mana-mana syarat seperti yang ditetapkan akan tertakluk kepada tindakan tatatertib CIDB. Sila rujuk senarai kesalahan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1 untuk perhatian tuan/puan. 


    Sehubungan dengan itu, pengimport atau pengilang tempatan diingatkan supaya mematuhi segala peraturan serta syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya diambil di bawah Akta 520.


    JADUAL1:  KETIDAKPATUHAN (TEMPATAN DAN IMPORT) DAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA 520

     

    BIL

    KESALAHAN

    TINDAKAN

    1

    Memalsukan dan mengubahsuai Certificate Of Approval (COA) / Product Certificate (PC) / PPS / PPSi  (Import & Tempatan)

    33(C)(5): Gantung, Batal, Kembali Semula atau Tolak Pemerakuan

    Atau

    mana-mana Seksyen yang berkaitan di bawah

    Akta 520

     

     

    2

    Memalsukan atau mengubahsuai kandungan dokumen sokongan.  (Import & Tempatan)

    3

    Melakukan penipuan terhadap produk binaan semasa menjalankan verifikasi produk. (Import & Tempatan)

    4

    Melanggar Akujanji (Produk telah diguna, hilang, lokasi berbeza / tidak dijumpai) 

    (Import & Tempatan)

    5

    ‘Heat No’. berbeza dari ‘mill certificate’ (FTTR)

    6

    ‘Heat’ No. berbeza dari ‘mill certificate’ (PC)

    7

    Produk / model tiada dalam senarai ‘Product Certificate Licence’ (PCL) / PPSi & PPS

    8

    Melanggar Akujanji – PC (Produk / model tiada dalam senarai ‘Product Certificate Licence’ (PCL) / Perakuan Pematuhan Standard Import (PPSi)

    9

    Salah isytihar produk / kuantiti  (semasa permohonan)

    10

    Melanggar Akujanji – FTTR  (laporan ujian lengkap tidak diperolehi)

    11

    Melanggar Akujanji – FTTR  (Keputusan gagal)

    12

    Melanggar Akujanji – PC (Penandaan)

    13

    Melanggar Akujanji – FTTR (Penandaan)

    14

    Penandaan ‘marking’ tidak patuh standard – ‘Full Type Test Report’ (FTTR)

    15

    Penandaan / ‘marking’ tidak patuh standard – ‘Product Certificate’ (PC) (Import & Tempatan)

    16

    Tidak dapat menyediakan kontena / bahan binaan dengan sempurna.

    17

    ‘Seal’ hilang / putus

    18

    Produk tidak dijumpai  (Separa/Penuh)

    19

    Jenama atau model tidak sama di dalam ‘packing list’ atau surat dari pengilang.

    20

    Tandatangan tidak sama dengan ‘authorize signature’

    21

    Perakuan Pematuhan Standard (PPS) tamat tempoh (Import & Tempatan)

    22

    Atau mana-mana kesalahan lain yang difikirkan layak untuk dibawa ke jawatankuasa tatatertib

     



  • PEMAKLUMAN KEPADA PENGILANG TEMPATAN BERKENAAN PERMOHONAN PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD (PPS) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) BAGI MENANGANI COVID19
    Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) yang berkuatkuasa bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, Pengurusan TertinggiCIDB telah bersetuju untuk membenarkan pengilang tempatan yang mengeluarkan bahanbinaan di dalam Jadual Ke-4, Akta 520, untuk menggunakan kaedah ‘SelfVerification Report’ bagi memenuhi syarat proses verifikasi kilang danbahan binaan untuk kelulusan Perakuan Pematuhan Standard (PPS).

    Jenis permohonan PPS yang dibenarkan untuk menggunakan kaedah ‘Self VerificationReport’ ini adalah seperti berikut :

    1. Permohonan pendaftaran baru PPS. (Cartaalir proses permohonan boleh dirujuk pada Lampiran Pemakluman PPS tempatan)

    2. Permohonan penambahan produk / model /saiz atau pertukaran standard produk kepada standard terkini. (Carta alirproses permohonan boleh dirujuk pada Lampiran Pemakluman PPS tempatan )

               Untuk itu, sila muat turun maklumat Lampiran pemakluman PPS, contoh template & format template penuh PPS untuk rujukan dan tindakan anda selaku pemohon. Sebarang pertanyaan boleh hubungi / email pegawai bertanggungjawab di Ibupejabat CIDB ataupun mana-mana pejabat CIDB Negeri. 





  • PEMAKLUMAN KADAR BAYARAN TERBARU MEMPROSES COA MELALUI SISTEM EPERMIT.


    Lanjutan dari pengumuman Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Hj Fadillah Yusof pada 7 Mei 2020 yang mengumumkan beberapa inisiatif oleh Lembaga IndustriPembinaan Malaysia (CIDB) yang bertujuan mengurangkan beban kontraktor dan penggiat industri pembinaan di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)COVID-19.

    Adalah dimaklumkan bermula 15 Mei 2020 sehingga 31 Disember 2020 bayaran bagi memproses COA yang berjumlah RM1000 dikurangkan kepada RM750.

     

    Bahagian Standard & Bahan Binaan

    14 Mei 2020

  • PEMAKLUMAN KEPADA PENGIMPORT YANG TELAH MENDAPAT SURAT KEBENARAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PKP
    Assalamualaikum WBT  & Salam Sejahtera Datuk/tuan/puan.

    Bagi menangani isu bahan binaan yang telah diberi COA akujanji dalam tempoh PKP & belum dapat dilaksanakan verifikasi, Pengurusan telah bersetuju untuk melaksanakan kaedah “self-declaration” oleh importer di mana importer akan mengemukakan laporan kepada Bahagian Standard & Bahan Binaan/ Pengarah Negeri/ Pengurus Cawangan untuk semakan & kelulusan Pengarah Negeri/Pengurus Cawangan bermula 22/4/2020. Syarat utama adalah pengimport berkaitan perlu mengemukakan surat Kebenaran Beroperasi dari MITI atau kementerian yang berkaitan.

    Sila rujuk Lampiran untuk penerangan lanjut

  • PEMAKLUMAN LANJUTAN KEPADA PENGIMPORT BERKENAAN URUSAN COA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI MENANGANI COVID-19
    Dilampirkan pemakluman lanjutan berkenaan urusan COA semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk makluman pengimport

  • PEMAKLUMAN KEPADA PENGIMPORT BERKENAAN URUSAN COA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI MENANGANI COVID-19
     Dilampirkan pemakluman CIDB berkenaan urusan COA semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk makluman pengimport

  • PEMAKLUMAN BAGI PENDAFTARAN PPS BAGI BAHAN BINAAN YANG TIDAK TERSENARAI DALAM JADUAL KE-4 AKTA 520 (PINDAAN) 2011 CIDB
    Adalah dimaklumkan bahawa Bahan Binaan yang tidak tersenarai dalam Jadual Ke-4 Akta 520 (Pindaan) 2011 CIDB tidak tertakluk kepada Perakuan Pematuhan Standard (PPS) daripada CIDB; Sebarang pertanyaan boleh emel kepada qpass@cidb.gov.my

  • PEMAKLUMAN PENGUATKUASAAN MS 144:2016, MS 145:2014 & MS 146:2014
    Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sesiapa yang berurusan dengan bahan binaan (besi & keluli)  bahawa penggunaan standard MS 144:2014, MS 145:2014 dan MS 146:2014 bagi produk besi dan keluli dikuatkuasakan mulai tarikh 1 Disember 2016.

  • PENGUATKUASAAN BAGI STEEL FABRIC FOR THE REINFORCEMENT OF CONCRETE (MS145:2014)

    Pemakluman bagi penggunaan 29 wires. Sebarang pertanyaan, bolehlah emel kepada qpass@cidb.gov.my.


  • PEMAKLUMAN PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD IMPORT (PPS-I) SECARA ELEKTRONIK (SELF-PRINTED)
    Adalah dimaklumkan, CIDB akan melaksana pengeluaran sijil Perakuan Pematuhan Standard Import (PPS-i) secara elektronik (Self-Printed) berkuatkuasa dari tarikh 2 MEI 2018

    Sehubungan dengan itu, semua pemohon boleh mencetak sendiri sijil PPS-i melalui sistem CCPM bermula dari tarikh tersebut



  • PEMAKLUMAN LARANGAN BERURUSAN DENGAN BAHAN BINAAN YANG TIDAK DIPERAKUKAN

    Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada sesiapa yang berurusan dengan bahan binaan agar memperolehi Perakuan Pematuhan Standard (PPS) yang dikeluarkan oleh Lembaga bagi bahan binaan yang disenaraikan di dalam Jadual Keempat Akta 520 (Pindaan 2011). Larangan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Disember 2015.

  • PERINTAH LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (JADUAL KEEMPAT) 2016
    Adalah dimaklumkan bahawa Pindaan Jadual Keempat yang baru telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2016.