Untuk makluman, produk-produk yang berada di dalam Jadual Keempat CIDB diwajibkan mendapatkan Perakuan Pematuhan Standard (PPS). Setiap pengimport atau pengilang tempatan mesti merujuk kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh CIDB untuk mendapatkan PPS.
Mana-mana pengimport atau pengilang tempatan yang melanggar mana-mana syarat seperti yang ditetapkan akan tertakluk kepada tindakan tatatertib CIDB. Sila rujuk senarai kesalahan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1 untuk perhatian tuan/puan.
Sehubungan dengan itu, pengimport atau pengilang tempatan diingatkan supaya mematuhi segala peraturan serta syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya diambil di bawah Akta 520.
JADUAL1: KETIDAKPATUHAN (TEMPATAN DAN IMPORT) DAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA 520
BIL |
KESALAHAN |
TINDAKAN |
1 |
Memalsukan dan mengubahsuai Certificate Of Approval (COA) / Product Certificate (PC) / PPS / PPSi (Import & Tempatan) |
33(C)(5): Gantung, Batal, Kembali Semula atau Tolak Pemerakuan
Atau
mana-mana Seksyen yang berkaitan di bawah
Akta 520
|
2 |
Memalsukan atau mengubahsuai kandungan dokumen sokongan. (Import & Tempatan) |
3 |
Melakukan penipuan terhadap produk binaan semasa menjalankan verifikasi produk. (Import & Tempatan) |
4 |
Melanggar Akujanji (Produk telah diguna, hilang, lokasi berbeza / tidak dijumpai)
(Import & Tempatan) |
5 |
‘Heat No’. berbeza dari ‘mill certificate’ (FTTR) |
6 |
‘Heat’ No. berbeza dari ‘mill certificate’ (PC) |
7 |
Produk / model tiada dalam senarai ‘Product Certificate Licence’ (PCL) / PPSi & PPS |
8 |
Melanggar Akujanji – PC (Produk / model tiada dalam senarai ‘Product Certificate Licence’ (PCL) / Perakuan Pematuhan Standard Import (PPSi) |
9 |
Salah isytihar produk / kuantiti (semasa permohonan) |
10 |
Melanggar Akujanji – FTTR (laporan ujian lengkap tidak diperolehi) |
11 |
Melanggar Akujanji – FTTR (Keputusan gagal) |
12 |
Melanggar Akujanji – PC (Penandaan) |
13 |
Melanggar Akujanji – FTTR (Penandaan) |
14 |
Penandaan ‘marking’ tidak patuh standard – ‘Full Type Test Report’ (FTTR) |
15 |
Penandaan / ‘marking’ tidak patuh standard – ‘Product Certificate’ (PC) (Import & Tempatan) |
16 |
Tidak dapat menyediakan kontena / bahan binaan dengan sempurna. |
17 |
‘Seal’ hilang / putus |
18 |
Produk tidak dijumpai (Separa/Penuh) |
19 |
Jenama atau model tidak sama di dalam ‘packing list’ atau surat dari pengilang. |
20 |
Tandatangan tidak sama dengan ‘authorize signature’ |
21 |
Perakuan Pematuhan Standard (PPS) tamat tempoh (Import & Tempatan) |
22 |
Atau mana-mana kesalahan lain yang difikirkan layak untuk dibawa ke jawatankuasa tatatertib |